NEW YORK: Bekas isteri dan ibu dua anak pertama Michael Jackson, Debbie Rowe kini bersedia menuntut hak penjagaan anak-anaknya.
Debbie yang melepaskan hak sebagai ibu apabila bersetuju menerima bayaran RM23 juta 10 tahun lalu kini menegaskan beliau bersedia `berperang’ untuk menjaga mereka.
Debbie jarang bertemu anak lelakinya, Prince, 12, dan anak perempuan, Paris, 11, tapi percaya beliau lebih layak untuk menjaga mereka berbanding ibu Michael, Katherine, 79.
Rakan rapat Debbie berkata: “Beliau sedar halangan pasti sengit tapi beliau tidak bersedia menyerahkan anak-anaknya kali ini dan akan melakukan apa sahaja untuk bersama mereka.”
Debbie turut bersedia mendapatkan hak penjagaan anak ketiga Michael, Prince Michael II, 7.
“Saya ibu mereka dan mereka perlukan saya,” kata Debbie yang menternak kuda dan tinggal di ladangnya di Palmdale, California.
Usaha itu bermula selepas penulis biografi, Ian Halperin mendedahkan dalam bukunya, The Final Years Of Michael Jackson yang akan dilancar minggu depan, Michael yang menghidap penyakit paru-paru kronik memiliki enam bulan untuk hidup Disember lalu. - Agensi
Wednesday, July 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment