Wednesday, July 1, 2009

MJ dibunuh?

NEW YORK: Khabar angin kini bertiup kencang mendakwa Raja Pop, Michael Jackson dibunuh selepas panggilan kecemasan didedah kepada umum, semalam.

Rakaman itu menunjukkan Michael, 50, tidak sedarkan serta-merta selepas Dr Conrad Robert Murray menyuntiknya dengan ubat tahan sakit itu, Demerol yang diketahui pakar perubatan mampu menyebabkan serangan jantung jika diberi secara berlebihan.

Murray yang menetap di rumah Michael di Los Angeles turut diragui apabila menghilangkan diri sebaik sahaja selepas penyanyi itu dibawa ke hospital.

Kereta BMW milik adik Murray dan juga beg mengandungi ubat-ubatan turut dirampas polis.









“Kereta itu mungkin mengandungi bukti bagi membantu siasatan kematian Michael,” kata jurucakap polis, Karen Rayner.


Sumber rapat dengan keluarga Jackson berkata, Michael rebah sebaik sahaja disuntik Murray pada jam 11.30 pagi dan pernafasannya menjadi semakin perlahan hinggalah ia terhenti.

Jantung Michael sudah berhenti berdenyut ketika kakitangan ambulans tiba ke rumah itu.

Atas desakan Murray, kru ambulans menghabiskan masa 42 minit untuk cuba memulihkan keadaan Michael.

Bagaimanapun, selepas bedah siasat tiga setengah jam dilakukan ke atas mayat Michael gagal memberi jawapan rasmi terhadap dakwaan itu.

Jurucakap Jabatan Bedah Siasat Los Angeles, Craig Harvey berkata, tiada bukti menunjukkan Michael meninggal dunia akibat perbuatan khianat.

Namun, pengesahan punca kematiannya tidak akan diumum hinggalah ujian toksikologi diperoleh.

“Kami jangka hanya akan memperoleh hasil daripada ujian itu dalam tempoh antara empat hingga enam minggu. Hanya selepas itu, kami jangka mampu mengumumkan punca kematian Michael,” katanya.

Bedah siasat itu terpaksa dilakukan kerana doktor di Pusat Perubatan UCLA atau Murray tidak menandatangani sijil kematian yang menunjukkan punca kematian Michael.

“Polis Los Angeles meminta kami tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut kepada umum,” kata Harvey lagi.

Aktres Liza Minnelli, rakan rapat Michael berkata, keluarga Jackson kini bersedia menerima berita menggemparkan membabitkan kematian Michael. - Agensi

No comments:

Post a Comment