LOS ANGELES: Lisa Marie Presley mendakwa bekas suaminya, Michael Jackson bimbang beliau akan mati muda seperti bapanya, Elvis.
Dalam blog di MySpace, Lisa Marie yang mengahwini Michael anatra 1994 hingga 1996 berkata, suaminya pernah mengaku bimbang mati secara mengejut.
“Ia berlaku ketika kami masih bersama. Ketika itu beliau bertanya mengenai punca kematian Elvis pada usia 42 tahun pada 1977 dan beliau akhirnya mengaku takut nasib sama akan menimpanya,” katanya.
Lisa Marie turut mengambil kesempatan menyelar tohmahan yang dilempar terhadap perkahwinannya dengan Michael yang dianggap hanya untuk mencari publisiti demi menyelamatkan imej Michael selepas didakwa mencabul kanak-kanak pada 1993.
“Saya ingin jelaskan kepada semua sesuatu yang tidak pernah saya katakan sebelum ini kerana ingin memaklumkan kebenaran mengenai perkahwinan itu.
“Hubungan kami bukanlah sesuatu yang palsu seperti dilapor media.
“Mungkin ia pelik kerana kami berdua tidak memiliki cara hidup yang normal dan ramai menganggap tak mungkin kami bercinta.
“Namun, hakikatnya, saya mencintainya sepenuh hati dan saya tahu, Michael juga mencintai saya.
“Saya ingin selamatkannya daripada perkara yang ditakutinya tapi ia kini sudah jadi bubur,” katanya. - AFP
Wednesday, July 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment