KEMATIAN Michael Jackson awal Jumaat lalu memang mengejutkan, tetapi bagi sebahagian mereka yang mengenalinya, yang lebih mengejutkan ialah dia berjaya hidup sehingga 50 tahun.
Sebahagian besar usia dewasanya, dia kelihatan seolah-olah 'mereput' di hadapan mata kita - kurus kering, pucat, terpaksa menggunakan kerusi roda atau berbalut kerana menjalani pembedahan.
Dia bertarung dengan ketagihan ubat tahan sakit dan begitu sukar untuk duduk tegak ketika perbicaraannya berhubung kes pencabulan kanak-kanak pada 2005.
Menurut laporan media, Jackson tidak sedarkan diri selepas disuntik Demerol, sejenis ubat tahan sakit pada hari kematiannya.
Peguam keluarga Jackson, Brian Oxman berkata, dia pernah memberi amaran kepada raja pop itu mengenai penyalahgunaan ubat.
"Saya sudah beri amaran bahawa satu hari nanti, Michael Jackson tidak akan bangkit dari tidurnya dan saya tidak akan berdiam diri jika ia berlaku kerana salah guna ubat.
"Saya sudah membuat kenyataan itu kepada anggota keluarga dan saya memberitahu mereka, saya tidak akan berdiam diri," katanya Oxman di Pusat perubatan UCLA, beberapa jam selepas kematian penyanyi itu.
Michael dikatakan diserang sakit jantung, keadaan yang boleh membawa kepada kematian jika tidak dirawat dalam masa lima minit, kata doktor.
Dalam kebanyakan kes, jantung itu bergerak begitu cepat dan berhenti berfungsi, menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.
Kadangkala, ia menjadi begitu lemah dan berhenti bergerak.
Bulan lalu, penganjur konsertnya, This is It, dalam satu sidang akhbar berkata, Michael begitu bertenaga selepas empat hari pertama konsert kemunculan semulanya itu dibatalkan.
Media melaporkan dia menghidap barah kulit.
"Tidak ada apa-apa yang mencurigakan mengenai kesihatannya," kata Randy Phililips dari syarikat penganjur AEG Live.
Jaminan itu bertentangan dengan gambar Michael, dengan mukanya ditutup topeng bedah, yang menunjukkan dia menghidap penyakit misteri.
Julai tahun lalu, gambar yang diambil menunjukkan anaknya menolaknya memasuki sebuah kedai buku dengan kerusi roda, berpakaian tidur dan selipar.
Sehingga kini, tidak jelas apa yang menyebabkan penyanyi itu, yang melecur teruk selepas dijilat api ketika penggambaran iklan Pepsi pada 1984, menderita sakit.
Dia menafikan laporan yang mendakwa dia memutihkan kulitnya.
Michael sebaliknya menegaskan, dia menghidap vitiligo, masalah gangguan pigmentasi.
Dia mengaku hanya melakukan dua pembedahan plastik. Bagaimanapun, pakar meramalkan Michael menjalani banyak pembedahan hingga menyebabkan hidungnya mengalami kecacatan kekal.
Dia ketagih ubat pil, termasuk Xanax dan ubat tahan sakit hingga keluarganya dilaporkan terpaksa pergi ke Bahrain, tempat dia tinggal sementara pada 2005 hingga 2006 untuk menasihatkannya.
Michael pernah sekali melawat pusat pemulihan dan pada 2007, mengaku bahawa empat tahun sebelum itu, kesihatannya terjejas akibat ketagihan pil.
Bekas pengasuh anaknya, Grace Rwaramba, 42 berkata, dia pernah berulang kali 'mengepam' perut Michael untuk membantu penyanyi itu setiap kali dia menderita kesakitan.
"Pernah satu ketika keadaan begitu teruk sehingga saya tidak membenarkan anaknya melihat bapa mereka. Dia makan terlalu sedikit, tetapi menelan pil begitu banyak," katanya.
Menurut Grace, kerana begitu bimbangkan kesihatan Michael, dia pernah memaklumkan kepada ibu dan kakak penyanyi itu, tetapi dia sebaliknya dimarahi raja pop berkenaan.
"Dia begitu degil. Dia tidak mahu dengar nasihat," kata Grace yang bekerja dengan Michael selama lebih 10 tahun sebelum berhenti Disember lalu.
INFO
Jacko, 50, diserang sakit jantung Khamis lalu, sejurus selepas disuntik Demerol, ubat tahan sakit, buat kali terakhir dan sekali gus membunuhnya.
Demerol mempunyai persamaan dengan morfin dan sepatutnya tidak boleh dicampur dengan ubat seumpamanya.
Bagaimanapun, raja pop itu juga mengambil 3 miligram pil tahan sakit narkotik, Dilaudid.
Dan menurut sumber, dia juga diberuikan satu lagi ubat narkotik, Vicodin, ubat penenang yang diperoleh kodeina.
Tidak cukup dengan itu, Jacko juga mengambil:
SOMA: Untuk melegakan otot, 2 miligram, dua kali sehari.
XANAX: Ubat penenang yang diberikan kepada Michael sebanyak 0.5 miligram, dua kali sehari.
ZOLOFT: Ubat penenang yang dimakan Jacko sebanyak 100 miligram sehari.
PAXIL: Satu lagi ubat penenang yang juga digunakan untuk mengurangkan perasaan bimbang dan cemas. Michael mengambilnya 20 miligram sehari.
PRILOSEC: ubat untuk pulih sakit hulu hati.
Penyanyi itu juga diberikan antibiotik untuk menangani masalah jangkitan berikutan pembedahan barah kulit baru-baru ini. Ubat ini sudah cukup bahaya. Pesakit sepatutnya tidak boleh memakan lebih daripada satu ubat tahan sakit pada satu masa, lebih-lebih lagi dengan keadaan kesihatan Michael.
Dia begitu kurus dan mempunyai berat badan kira-kira 58 kilogram walaupun ketinggiannya 1.78 meter
Wednesday, July 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment