Wednesday, July 1, 2009

Simpanan lagu dirakam

NEW YORK: Perpustakaan rahsia mengandungi lebih 100 lagu dihasilkan Michael Jackson mungkin dirakamkan selepas kematiannya.

Seorang penulis biografi Raja Pop itu mendakwa, lagu-lagu itu dirakam khusus untuk anaknya, Michael Jackson Jr, 12, Paris Katherine, 11 dan Prince Michael II, 7.

Penulis buku Unmasked, The Michael Jackson Story, Ian Halperin berkata, Michael ingin meninggalkan kenangan buat anak-anaknya.

“Beliau menyatakan tidak akan membenarkan ia dirakam selagi beliau masih hidup,” katanya.









Namun, pada masa sama, Michael turut dilapor meninggalkan beban hutang RM1.3 bilion dan penjualan lagu simpanan itu mungkin mampu melunaskan hutangnya.


Pada masa sama, jualan album lama Michael turut dilapor meletup dengan 14 daripada 20 jualan teratas di laman web Amazon.co.uk dikuasai album lamanya.

Naib Presiden Amazon.com Inc, Bill Carr berkata, sebaik sahaja kematiannya diumum, semua CD Michael dan kumpulan Jackson 5 habis dijual.

Edisi sambutan ke-25 tahun perlancaran album Thriller dilapor mengungguli tangga teratas.

Senario sama turut berlaku pada web Barnes dan Noble Inc, dengan semua CD, DVD dan buku habis dijual.

Laman web Borders Group Inc pula melaporkan, segala perkara yang berkaitan dengan penyanyi itu laris, sama ada melalui Internet mahupun di kedai bukunya.

“Senario sama berlaku selepas kematian Luciano Pavarotti dan Frank Sinatra tapi kali ini ia berlaku pada kadar lebih pantas. Masyarakat ingin memastikan mereka memiliki kenangan mengenainya,” kata jurucakap Borders, Mary Davis. - Agensi

No comments:

Post a Comment